Saturday, 21 April 2012

TUNANG  VS  COUPLE = SAMA JE......


Assalamualaikum warahmatullah......

emm,,,, tajuk tersebut???ada apa pada tajuk..??huhuhu...
saya tidak pandai berhujah dengan ramai orang. tapi kadang kala saya terfikir dengan satu benda dan saya mencari medium untuk suara kan apa yang saya fikirkan. TUNANG vs COUPLE = SAMA JE....
Maksud bertunang ialah seseorang lelaki itu menyatakan keinginannya untuk berkahwin kepada wanita yang ingin dikahwininya itu dan wanita itu pula menerima keinginan tersebut. Maka ini telah dikira sebagai bertunang menurut syarak tapi, bila bertunang ini tidak bermaksud anda dan tunang anda itu boleh bermesra seperti orang yang sudah berkahwin. kebanyakan mereka-mereka yang saya lihat sekarang ini, mereka baru bertunang tetapi tak rasa bersalah untuk keluar berdua tanpa mahram, tangkap gambar bersama, mesej, call, dan sebagainya..nauzubillah,,,(Ya Allah, jauhkan diri saya, keluarga saya dan kawan-kawan saya  dari berbuat perkara-perkara begitu....) 

Nabi Muhammmad S.A.W. pernah berpesan : "Rahsiakan pertunangan dan iklankan (hebahkan) tentang perkahwinan ". ( Hadith Riwayat Ahmad)..

 kenapa Nabi Muhammad S.A.W. menyuruh kita rahsiakn pertunangan?? pada pendapat saya, seseorang yang bertunang itu belum tentu dia benar-benar akan berkahwin dengan si dia. kalau mereka tidak jadi berkahwin, tetapi semua orang dah tahu yang mereka ini bertunang, sudah tentu mereka akan malu, dan orang luar pula akan mula membuat spekulasi-spekulasi yang bukan-bukan tentang mereka. ini sudah menjadi fitnah. Te
tapi, apa yang jadi pada zaman kita sekarang?? di facebook, di twitter, ramai yang hebahkan tentang pertunangan mereka.

couple pula...?? saya pernah terbaca satu artikel yang menyatakan "Islam tidak mengharamkan couple".. ya,, benar,,Islam sememangnya tidak mengharamkan dua orang yang berkasih sayang. Tetapi Allah Maha Mengetahui akan setiap yang Dia ciptakan. Allah mengetahui tahap keimanan seseorang itu. Allah mengetahui kelemahan hamba yang Dia ciptakan. Allah Maha Mengetahui.. diantara dua orang lelaki dan perempuan, akan ada yang ketiga iaitu syaitan laknatullah.. Disebabkan itu Allah melarang perhubungan lelaki dan perempuan tanpa ikatan yang sah iaitu PERKAHWINAN. semua itu dikaitkan dengan soal Hati. Manusia menjadi lemah bila dikaitkan dengan soal hati.

secara konklusinya, dapatlah saya simpulkan bahawa:
  • Bertunang tidak menghalalkan hubungan lelaki dan wanita.
  • Semasa proses bertunang, hubungan antara lelaki dan wanita tetap perlu dijaga, tetap memerlukan mahram untuk keluar bersama.
  • couple dan bertunang, tiada bezanya.
"jika anda ingin couple atau bertunang, BOLEH, tetapi tanyalah diri anda sama ada anda mampu atau tidak untuk menjaga batas-batas pergaulan anda dengan si dia..??
tepuk dada, tanya selera..."

jika anda mahu berkahwin, tetapi keluarga melarang, kewangan belum kukuh, maka jauhkan lah diri anda dari couple mahupun bertunang...
Islam mengajar kita untuk menahan nafsu dengan cara BERPUASA..
dengan berpuasa, kita dapat menahan nafsu, dapat menahan diri daripada melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah..

"Jagalah diri anda wahai sahabatku..."

~Wallualam..~


.:: saya hanya berkongsi pendapat saya, mana yang salah, harap dapat tegur saya.. .::



Wednesday, 18 April 2012





~UKHUWAH FILLAH ~

Ya Allah.....Indahnya persahabatan kerana-Mu Ya Allah,..... Indahnya persahabatan itu disebabkan agama-Mu Ya Allah.... Indahnya persahabatan itu untuk mencari keredhaan-Mu Ya Allah.....
terima kasih Ya Allah......
Alhamdulillah...
terima kasih Ya Allah....
kalau orang lain ada "Bulatan Gembira" mereka, saya dan kawan-kawan saya ada "Segi Tiga Gembira" dan "Petak Gembira" kami sendiri...
Nikmatnya ukhuwah kerana-Mu ya Allah,,,,,
Ya Allah, jagalah persahabatan kami di dunia dan akhirat.....
semoga kami dapat saling membantu untuk sering mengingati-Mu ya Allah....

nota kaki: sayang semua kerana Allah....


"UKHUWAH FILLAH ABADAN ABADA"




JoM cArI sEBaB kENaPa KiTa KeNa TUTUP Aurat.....

Kenapa ye...????


put yourself as "I" dlm dialog ni k..

I-long sleeves please!!

situation : jumpa kawan

I : kau xde baju long sleeves ke?

U : ade je..tp malas la nak pakai..rimas..panas..

I : panas? aku ok je..xde la terdedah sgt dengan matahari tu..boleh kene skin cancer tau..baik kau buat check up..

U : e'ele kau ni..skin cancer mendenye..org lain ramai je pakai short sleeves..xpon kne skin cancer.. kot tgh winter skrg ni,aku pakai la..ni tgh panas terik camni..huh..

I : hmm..kau rasa panas api neraka tu mcm mana? aku rasa baik la panas kt dunia skrg dr panas nnt kt sana...



II-hijab is our right!!

situation : makan kt luar

I : emm..kau tau x sebenarnya sng je nak bezakan muslim dengan non muslim..
    tapi dlm keadaan zmn skrg ni dah jd susah.. 


U : huh?

I : maksud aku,kalau semua muslim fhm islam,mst dia beriman pd Allah SWT kan..
mst dia tutup aurat..pakai tudung..non muslim 
mana ad pakai tudung mcm kita..


U : ha'ah la..tp skrg ni ramainye muslim yg free hair..ape kes ntah..
kalau org tny,asal kau pakai tudung,kau jawab ape?

I : emm..org slalu je cakap rmbut tu mahkota perempuan..tp org yg berakal,boleh fikir sendiri..nama pon mahkota..sapa yg sorok mahkota dia tu,maknanya mahkota mahal la.. org2 tertentu je blh tengok.. sapa yg dok menayang je kejenye tu,mahKOTAK murahan namanya..free2 je bg org tengok..

U : ooo...kre sama la dengan kes pegang tgn kan.. kte x blh  pgg tgn bkn muhrim.. org2 tertentu je kte blh salam..cbe tgk princess elizabeth tu..takdenye sng2 blh salam dgn dia..haha
kre muslimah with their hijab ni ala2 pgg title org2 bermaruah la..btol x?

I : camtu la.. =) .. 


     seronok kan bila semua faham islam yg sebenar..

********************************************************************************** 



 p/s:renung2kn dan slmt beramal...^_^

~wassalam...~

Tuesday, 17 April 2012


~Duhai Kekasih Hati~


Ya Rasulullah...
Kau Anugerah Allah...
Kepada Sekalian Alam...
Menerangi Hati, Akal dan Nurani Kami...
Yang Sebelum Ini Tercari-Cari...

Ya Rasulullah...
Dirimu Contoh Buat Kami...
Budi Pekertimu Kami Ikuti...
Tingkah Lakumu, Sunnah Buat Kami..
Kaulah Manusia Terhebat Di Dunia Ini...

Ya Rasulullah...
Diriku TIdak Pernah Berjumpa Denganmu..
Tetapi, Aku Tahu Kau Amat Mengasihi daku..
Doakan aku Ya Rasulullah...
Agar Dapat Bertemu Denganmu, Di Akhirat Yang Kekal Abadi....



~CaHaya Mata Suci~

~Ahlan Wasahlan Ya Akhawat....~

Assalamualaikum.....
selamat datang ke dunia saya...^_^Dunia cahaya mata suci......Saya tidak pandai menulis, apatah lagi berkata-kata....tapi apa yang terluah disini, tulus ikhlas dari hati dan berdasarkan pengalaman sendiri dan orang sekeliling.harap-harap dapat berkongsi segala yang baik untuk semua orang untuk kebaikan duniawi dan ukhrawi.segala yang baik dijadikan pedoman dan yang buruk, tegur-tegur la saya....saya manusia biasa..^_^salam ukhuwah~~
*****************************************^_^**************************************