Saturday 21 April 2012

TUNANG  VS  COUPLE = SAMA JE......


Assalamualaikum warahmatullah......

emm,,,, tajuk tersebut???ada apa pada tajuk..??huhuhu...
saya tidak pandai berhujah dengan ramai orang. tapi kadang kala saya terfikir dengan satu benda dan saya mencari medium untuk suara kan apa yang saya fikirkan. TUNANG vs COUPLE = SAMA JE....
Maksud bertunang ialah seseorang lelaki itu menyatakan keinginannya untuk berkahwin kepada wanita yang ingin dikahwininya itu dan wanita itu pula menerima keinginan tersebut. Maka ini telah dikira sebagai bertunang menurut syarak tapi, bila bertunang ini tidak bermaksud anda dan tunang anda itu boleh bermesra seperti orang yang sudah berkahwin. kebanyakan mereka-mereka yang saya lihat sekarang ini, mereka baru bertunang tetapi tak rasa bersalah untuk keluar berdua tanpa mahram, tangkap gambar bersama, mesej, call, dan sebagainya..nauzubillah,,,(Ya Allah, jauhkan diri saya, keluarga saya dan kawan-kawan saya  dari berbuat perkara-perkara begitu....) 

Nabi Muhammmad S.A.W. pernah berpesan : "Rahsiakan pertunangan dan iklankan (hebahkan) tentang perkahwinan ". ( Hadith Riwayat Ahmad)..

 kenapa Nabi Muhammad S.A.W. menyuruh kita rahsiakn pertunangan?? pada pendapat saya, seseorang yang bertunang itu belum tentu dia benar-benar akan berkahwin dengan si dia. kalau mereka tidak jadi berkahwin, tetapi semua orang dah tahu yang mereka ini bertunang, sudah tentu mereka akan malu, dan orang luar pula akan mula membuat spekulasi-spekulasi yang bukan-bukan tentang mereka. ini sudah menjadi fitnah. Te
tapi, apa yang jadi pada zaman kita sekarang?? di facebook, di twitter, ramai yang hebahkan tentang pertunangan mereka.

couple pula...?? saya pernah terbaca satu artikel yang menyatakan "Islam tidak mengharamkan couple".. ya,, benar,,Islam sememangnya tidak mengharamkan dua orang yang berkasih sayang. Tetapi Allah Maha Mengetahui akan setiap yang Dia ciptakan. Allah mengetahui tahap keimanan seseorang itu. Allah mengetahui kelemahan hamba yang Dia ciptakan. Allah Maha Mengetahui.. diantara dua orang lelaki dan perempuan, akan ada yang ketiga iaitu syaitan laknatullah.. Disebabkan itu Allah melarang perhubungan lelaki dan perempuan tanpa ikatan yang sah iaitu PERKAHWINAN. semua itu dikaitkan dengan soal Hati. Manusia menjadi lemah bila dikaitkan dengan soal hati.

secara konklusinya, dapatlah saya simpulkan bahawa:
  • Bertunang tidak menghalalkan hubungan lelaki dan wanita.
  • Semasa proses bertunang, hubungan antara lelaki dan wanita tetap perlu dijaga, tetap memerlukan mahram untuk keluar bersama.
  • couple dan bertunang, tiada bezanya.
"jika anda ingin couple atau bertunang, BOLEH, tetapi tanyalah diri anda sama ada anda mampu atau tidak untuk menjaga batas-batas pergaulan anda dengan si dia..??
tepuk dada, tanya selera..."

jika anda mahu berkahwin, tetapi keluarga melarang, kewangan belum kukuh, maka jauhkan lah diri anda dari couple mahupun bertunang...
Islam mengajar kita untuk menahan nafsu dengan cara BERPUASA..
dengan berpuasa, kita dapat menahan nafsu, dapat menahan diri daripada melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah..

"Jagalah diri anda wahai sahabatku..."

~Wallualam..~


.:: saya hanya berkongsi pendapat saya, mana yang salah, harap dapat tegur saya.. .::



No comments:

Post a Comment